Tuesday, July 8, 2008

Pokok Bunga di halaman rumah

DC

kalau seorang petani yang menyiram pokok sawit sudah tentu dia hendak mendapatkan buah sawit nya sebagai hasil dikemudian hari.

begitu juga kalau seorang peniaga nasi lemak yang saban hari membuat nasi lemak, sudah semetinya dia ada matlamat yang besar seperti menghantar anak ke sekolah, memperbesarkan gerainya esok lusa.

aku yang menyiram bunga kat halaman rumah aku pun memang tak dinafikan ingin mendapatkan hasilnya esok lusa, minggu depan, tahun depan dan kalau boleh saya mesti nak bunga itu tumbuh mekar satiap masa.

kalau bunga itu pula berada dihalaman jiran, dan memang kepunyaan jiran saya, saya mempunyai pilihan samada mempunyai perasaan dengki dengan mensabotaj pertumbuhan bunga itu, atau terus menyiram bunga itu dengan harapan saya dapat melihat bunga itu setiap hari tanpa pengetahuan tuannya,

situasi yang sama juga mengingatkan saya dan berlaku semasa pembukaan restoran baru bersebelahan sate kajang Hj. Samuri.

jika matlamat dan niat restoran yang sangat besar ini untuk memberi makan dan minum kepada warga kajang, nescaya sampai kini restoran itu masih diterima dengan hati yang terbuka dan senang hati oleh warga kajang.

tetapi jika matlamat restoran itu, hanya untuk memberi persaingan dengan dasar kapitalis pada masa ini, dan juga perluasan kuasa perniagaan menerusi kekerasan dan pengaruh minda, saya yakin yang pelanggan yang selalu betul tidak akan mudah dipengaruhi.

berbalik dengan kejadian siraman bunga kat rumah saya pada setiap pagi, bunga itu bukan kepunyaan mak ayah saya, bukan juga jiran tetangga saya kerana jiran saya hanya tanam pokok rambutan dan nangka, dan bukan juga kepunyaan Majlis Perbandaran Kajang sebagai tuan tanah kat depan rumah dan paling penting bukan kepunyaan saya.

tetapi hakikatnya, saya yang setiap pagi selepas solat subuh yang terus menyiram pokok bunga itu, tanpa rasa jemu dan putus asa, berharap pokok bunga itu akan terus tumbuh mekar dan berkembang supaya ia dapat memberi faedah kepada sesiapan pun yang lalu lalang dan menyedari tentang kewujudan pokok bunga itu.

bukan sahaja orang yang lalu lalang, bahkan lebah yang mencari madu untuk sekawan lebah yang hidup di puncak pokok mangga depan rumah pun akan turut merasa tempiasnya.

burung kelicap yang bersiul setiap petang juga menggunakan bau bunga itu sebagai tempat untuk membawa anaknya yang baru lahir untuk belajar terbang

ibu bapa ku pula menggunakan bunga itu sebagai tempat berehat hujung minggu, ketenangan minda dan merehatkat fikiran dikala perasaan dan hati gundah gulana.

jiran aku yang sentiasa ssibuk dengan pokok rambutan nya terus menerus membersihkan halaman dan kadangkala sesekali membersihkan sekali kawasan di sekeliling bunga itu.

aku yang terus menyiram bunga itu dan akan terus menyiram bunga itu tidak akan berhenti walau sekali akan berharap bunga itu terus berkembang mekar dan faedah nya kepada masyarakat sekeliling.

bunga itu akan terus mendapat air dari aku setiap hari tidak kira air basuhan beras, air tadahan hujan, air penoh klorin dan juga kadang kala air lebihan kondensasi semasa penggunaan penghawaan dingin.

aku yang ingin memetik bunga itu suatu hari nanti, dengan izin Tuhan. Insyaallah