Tuesday, July 29, 2008

Episod terakhir 'Akulah Sinderella'

berikut adalah sinopsis drama sinderella yang bersiaran dari Sri Pentas TV3, Media Prima yang baru menamatkan episod nya sejam yang lalu,

akhirnya zeo berkahwin juga dengan Haidar, dengan segala persiapan yang telah dirancang, bonda dan ayahanda juga telah diwarta dengan berita itu.

segala ahli keluarga juga sedia maklum dengan perkahwinan itu, juga si abang iaitu Hussein yang datang all the way from KL.

jadi bermula la episod manis untuk bakal permaisuri zeola untuk menjadi permaisuri di kerajaan indera pura.

tetapi kehadiran si abang, Hussein juga membawa khabar yang kurang menyenangkan. jadi si Haidar mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis perkahwinannya dengan permaisuri zeo.

tetapi pada masa yang sama Hussein yang pernah menyimpan perasaan dengan permaisuri zeo, tetapi tidak pernah dapat melafazkan dengan kata-kata kerana kekangan janji yang dibuat dengan Ayu,

tetapi tindakan untuk bersama dengan zeo dari hari ke hari bertukar menjadi kenangan yang sukar dilupakan dan sentiasa bersemangat untuk mengharunginya bersama.

perasaan yang cuba dinafikan dari hari ke hari bertambah menjadi duri dalam daging yang kemudian semakin lama memakan diri.

perasaan kasih semakin erat walaupun cuba dinafikan,

tetapi permaisuri telah membuat keputusan walaupun menangis air mata darah, bumi kiamat esok pun, tidak akan merubah ape-ape.

keadaan yang sudah ditetapkan seperti suratan takdir yang menanti masa, cuma melalui cerita yang berbeza. watak-watak sampingan juga semakin banyak dari hari ke hari.

sengketa mengundang duka, dari sayang menjadi tidak percaya, ikatan yang terjalin seperti cuba dinafikan.

mutakhir....

begitu juga yang realiti, perasaan yang cuba dinafikan dari hari ke hari bertambah dan bertukar menjadi kerinduan.

pertanyaan yang ingin ditanya sejak sekian lama walaupun telah diketahui jawapannya masih menghantui diri,pertanyaan itu juga mula menyelubungi diri.

kata-kata yang ingin dilafazkan tersekat dikerongkong, ayat yang sekian disusun sudah tertulis tanpa susulan.
coretan setiap masa hanya pengganti diri, takkala halangan hubungan sesama insan.


perasaan ingin tahu yang kadang kala ingin berkongsi pendapat dan juga susah dan senang diteruskan walaupun kepahitan mengelilingi diri.

perhentian yang berikut ini, walaupun masih tidak pasti kerana masih mengenangkan sumber inspirasi yang kejauhan.

yang kerinduan