Monday, July 28, 2008

aku masih disini

aku kembali ke UiTM semalam, dah lama rasanya aku tinggalkan UiTM rasanya, terasa rindu dengan tempat itu, ladang segala ilmu. Ilmu bekalan hidup. Aku dah sampai di sini

aku jumpa alumni, aku jumpa budak junior, aku jumpa staff, ramai aku jumpa, aku gulung wayar, aku pegang mikrofon, aku bercakap depan tnc, aku pergi canseleri, aku sampai disini.

terasa pilu memikirkan yang aku rindu UiTM bukan kerana persekitaran yang bagus ini, bukan sejarah aku belajar disini, bukan kerana kemudahan yang canggih. Bukan kerana aku kembali kesini, aku sudah sampai disini

Ia semacam satu perasaan, aku tak tau macam mana nak describe perasaan tuh, mungkin enam bulan yang terakhir aku disini yang menjadi kenangan paling indah dan bererti dalam hidup aku sebagai pelajar disini,

Aku yang masih mengingati setiap saat aku disana kerana penutup yang sangat bererti bagi aku meneruskan hidup ini, aku pernah melalui hidup ini disini.

Bila aku mandi aku ingat aku akan pergi kemana selepas itu, bila aku parking kereta aku tau siapa yang tengah menunggu aku, bila aku lalu depan stesen bas, aku tau bilik sape yang aku pandang,bila aku disini aku kenapa aku masih disini.

Ia semacam bekalan walaupun aku, semakin kehabisan bekalan itu, aku masih berpegang kepada bekalan aku ini, ia membuatkan aku rasa bersemangat untuk terus bertenaga. Aku berbangga kerana aku dapat berada disini

Tetapi aku mungkin telah tersilap langkah, proses untuk berkongsi bekalan itu, berkongsi suka dan duka, berkongsi setiap saat dan waktu memakan diri aku

Gurauan menjadikan persahabat renggang, permusuhan yang ku ingin hindari kini semakin menghantui aku, aku yang tersilap langkah.

Mungkin terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya.

Aku yang masiih disini.