Thursday, September 11, 2008

Pergi Ke sekolah

Berikut merupakan pandangan penulis setelah berbincang dengan Tun Mahathir tempoh hari, jawapan dari Tun boleh tanya Tun sementara ini adalah blog saya, jadi ini adalah komen saya,

Sistem Pendidikan kita.

Dimulakan dengan sistem pendidikan di tadika, pra- sekolah para ibu bapa telah cuba memberi masa depan yang terbaik kepada anak-anak mereka ini.

Semasa waktu ini, kebanyakan ibu-bapa melayu lebih suka menghantar anak-anak mereka ke tadika-tadika awam, atau tadika kemas dan kadang kala ke surau-surau yang mempunyai pra-sekolah.

sementara kaum cina pula menghantar anak-anak mereka ke tadika-tadika swasta yang lebih moden yang menyediakan perkhidmatan termasuk penjagaan selepas waktu kelas dan juga khidmat penambah nilai seperti kelas muzik, kelas bercakap, kelas mempertahankan diri.

sementara kaum india pula telah diasuh untuk masuk ke tadika komuniti dan ada juga segelintir yang tidak masuk kemana-mana sistem pendidikan awal pra-sekolah.

ini disebabkan budaya kaum india yang melihat ibu-ibu kaum india ini lebih suka mengasuh anak-anak mereka melalui pendidikan di rumah sahaja. Proses menjaga dan mengasuh ini dilakukan tanpa henti melalui pelbagai proses dirumah.

dewasa ini, kaum ibu bapa muda, yang terlalu memilih kerjaya dan selalu meletak tanggungjawab mendidik anak-anak kepada para datuk dan juga nenek kepada anak-anak kecil ini,

situasi ini bertambah parah, apabila terdapat ibu-bapa yang melepaskan anak-anak ini kepada pembantu rumah sepenuhnya yang tidak mempunyai pertalian darah kekeluargaan dengan anak-anak kecil ini.

apabila masuk ke sekolah, ibu-bapa kaum melayu ini menjadikan sekolah kebangsaan sebagai satu pilihan atu lebih kepada satu kemestian, sukatan pelajaran yang digubal adalah sama untuk semua sekolah serata negaara.

kadangkala, apabila sistem pendidikan berlandaskan ajaran islam dititikberatkan, timbul idea untuk menghantar si anak-anak ke sekolah agama atau lebih dikenali sebagai sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.

kaum cina pula sering menghantar anak-anak ini ke sekolah jenis keb cina yang mempunyai kurukulum dari negara tanah besar cina sendiri.

sementara kaum india pula akan menghantar anakanak mereka ini ke sek jenis tamil yang kurikulumnya adalah sukatan dari negera India sana sambil ada penerapan dari sistem sek keb.

apabila masuk ke sek menengah, terdapat opsyen untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. peluang ini banyak diambil oleh kaum melayu kerana rata-rata sek-sek berasrama penuh ini terletak jauh dari kawasan bandar,

tetapi atas dasar untuk penyertaan semua pihak kuota ini telah dibuka untuk menjemput kaum lain menyertai sekolah berasrama penuh ini, tetapi menggunakan alasan untuk meningkatkan kompetensi pelajar ini.

apabila pelajar ini berada disekolah, mereka akan terbahagi mengikut tahap intelektual mereka ini dan diasingkan bermula seawal darjah satu dan diteruskan tidak kira di sekolah manapun hingga tamat belajar.

(Penulis masih ingat bagaimana penulis yang pernah masuk ke kelas pertama dan juga kelas terakhir)

proses pengasingan ini telah menjadikan para pelajar ini tergolong di golongan tertentu yang melihat golongan yang lemah tidak dibenarkan bercampur gaul dengan golongan yang lebih baik.

apabila masuk universiti atau lebih tepat sistem pembelajaran peringkat pengajian tinggi, mereka diasing mengikut kursus yang mereka ikuti.

dan apabila menamatkan pelajaran selepas 23 tahun, adakah mereka boleh bercampur gaul dengan baik setelah proses pengasingan, penyaringan, dan juga proses penarafan golongan ini seawal usia muda mereka,

kita sebagai kaum muda, kaum tua, ibu- bapa, anak-anak, boleh melihat sekeliling kita sahaja, tidak perlu menjenguk jauh, dimana anda ketika ini.

adakah anda bersendirian atau bersama-sama bekerjasama untuk membina negara tercinta ini.

tepuk dada tanya sendiri