Sunday, September 21, 2008

Budak buta IT, celik komputer




Updated version....
Original Posting kat Chedet.com

Salam Tun,

harap Tun sihat dalam hujung minggu ini,

teringat masa jumpa Tun minggu lepas, Tun kata hanya blogging bila sempat sahaja, kalau ada masa, terima kasih Tun kerana meluangkan masa.

pasal ekonomi memang saya tak mahir, lagi pun belajar tak tinggi memang susah lah lagi,

tapi untuk tambatan ringgit buat masa ini, rasa tidak akan berlaku perhaps, pasal kalau ringgit deppreciate, nanti nak shopping kat luar negara mahal,

cuba bayangkan kalau anak seorang ni, study kat London pastu mak ayahnya bagi duit poket kalau sekarang RM 700 baru sama dgn Pound 100

kalau ringgit naik value so akan lebih nilai duit luar yang ingin kita tukar dari nilai sekarang.

cuba bayangkan kalau si mak bapak bagi RM 700 hanya boleh maka seminggu sahaja, mungkin apabila matawang ringgit semakin meningkat nilai nya si anak boleh membeli satu gerabak monorel dengan hanya belanja makan seminggu,

bayangkan kalau si bapak beri RM 1 billion, mungkin si anak boleh membeli satu kilang monorel,

kalau RM 100 billion, boleh beli negara yang mengeluarkan monorel itu,

tapi kepada penanam sayur, pesawah, penternak kambing, dan juga penternak ikan dalam sangkar........nilai barangan mereka semakin tinngi, menjadikan kurang kompetitif dalam negara mengundur reverse undur ke keadaan zaman Tok nenek kita, menanam ubi keledek dan bela ayam kampung,

semua bekalan itu tidak boleh di jadikan eksport kerana semakin mahal berbanding barang dari negara China dan India atau negara lain yang lebih competitif....mungki dalam pasaran negara juga, rakyat terpaksa memilih barang dari luar kerana barangan keluaran negara semakin mahal selari dengan nilai ringgit yang menokok..

jadi siapa yang pandai tentang ekonomi, Tun ka? orang lain?
Tun memang bijak menjaga poket negara, tapi ada orang lain yang lebih bijak dari Tun dalam menguruskan poket keluarga...

p/s: finally someone raised our concern about the this tiny problem rather than 'freedom of speech', 'ISA', 'Da Great Coffeed boy', 'Pelamin anganku musnah pada 16/9', 'dan bermacam-macam lagi telenovela yang selalu keluar berita dan paper...

Rosyam Nor bila hang nak wat filem 'KL Menjerit tak tentu hala'.......??Rindu rancangan Samarinda perebutan kuasa hanya akan memusnakkan keluarga, sebaliknya cinta abadi pada Yang Esa akan membawa kita ke jalan yang benar...Amin

Azham Azroy Kassim
Buta IT tapi Celik Komputer