Etika semasa berada dikhalayak ramai,
sentiasa senyum jangan sesekali rasa nak melempang orang yang tengah memandang anda
jika anda sedang berbual-bual, pastikan perbualan anda itu hanya untuk anda bersama teman anda sahaja, tidak perlu kongsi dengan seluruh pengguna tren itu.
jika anda sedang bercakap ddengan telefon, tidak perlu lah anda bercakap macam kawan anda itu sejauh sebatu dari telefon anda itu. cukuplah kalau anda berbual berdua sahaja.
kalau anda rasa berbuat salah atau tersilap tentang sesuatu, tidak salah untuk anda meminta maaf.
sering tunduk tidak bermaksud kita merendah diri, mungkin kerana kita hormat orang disekeliling anda.
jika anda membaca surat khabar atau buku pula, jangan lah bermegah dengan bahan bacaan anda itu bagai anda seorang sahaja yang membaca hari itu, kalau boleh berkongsilah dengan orang disekeliling anda.