DC,
aku baru baca paper utusan hari ini yang menyatakan pelajar perempuan kini semakin banyak dan melebihi dari pelajar lelaki, bukan sahaja di UPSI yang penuh dengan bakal guru malah di Universiti yang lain yang menekankan mata pelajaran sains dan teknologi, seperti UiTM, UTM, UM, dan UKM.
senario ini mungkin disebabkan kerana dunia dah nak kiamat jadi memang lah seperti yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran yang menyatakan telah hampir ke hujung dunia apabila kaum Hawa semakin banyak dalam membuat keputusan dan menjadi ahli masyarakat.
Kejadian ini juga di akui oleh Naib Canselor UPSI yang menyatakan kaum perempuan kini bukan sahaja telah memonopoli kuota pelajar di Institut Pengajian Tinggi malah dalam bidang pasaran kerja,
saya tertarik dengan senyum kambing pada muka hadapan paper Utusan semalam yang mengajuk tentang senario kaum hawa yang semakin bertambah ini dan menyalahkan kaum lelaki yang menjadi mat rempit.
jika kita melihat masalah ini dengan lebih mendalam pelajar-pelajar yang bakal masuk ke IPT awam dan swasta adalah dari lepasan sekolah, jika kita tiada lepasan sekolah lelaki bagaimana IPT ini hendak diisi dengan pelajar lelaki,
muka depan paper metro yang menunjukkan guru lelaki yang mengalami masalah mental dengan menjadikan pelajar sebagai pemuas nafsu seks, ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar lelaki yang sepatutnya menjadi lepasan sekolah dan mengisi tempat-tempat di universiti dan institut pengajian tinggi.
ketiadaan role model untuk menjadi contoh kepada pelajar lelaki semasa peringkat sekolah juga turut menyumbang kepada kurangnya lepasan sekolah yang sepatutnya sama atau lebih baik daripada role model yang di sebut di atas.
bukan itu sahaja, jika kita melihat senario ini dengan lebih mendalam, proses ini bermula seawal mereka masuk ke alam pra-sekolah lagi atau tadika.
ibu bapa kurang bersetuju dan berasa terancam jika terdapat pekerja lelaki di tempat-tempat asuhan, tadika tempat anak-anak mereka berada. bukan itu sahaja, kaum lelaki akan di pandang serong jika pekerja di tempat tersebut, mereka ini akan di cop sebagai pheodolphia walaupun bersongkok haji sekalipun.
mungkin tidak salah jika saya nyatakan ibu-bapa ini dan juga pemilik pusat asuhan dan tadika ini tidak akan membenarkan kaum lelaki ini dari bekerja di tempat ini. sebab itu kita kini jarang sekali malah kalau nak di kata tidak pernah pun boleh untuk melihat kaum lelaki dari terlibat dalam industri pusat asuhan dan tadika ini.
jadi kanak-kanak seawal 5/6 tahun ini tidak mempunyai role model kaum lelaki sejak mereka memulakan alam persekolahan lagi. mereka sudah terlalu sebati dengan guru kaum wanita sebagai tempat belajar dan sebagai tempat mendengar soalan.
kaum wanita yang lemah lembut ini juga begitu peka dengan kanak-kanak ini yang begitu berbeza dengan kaum lelaki, jadi apabila kanak-kanak ini mempunyai sifat ingin tahu atau melarikan diri dari masalah di rumah, seringkali kaum wanita ini yang menjadi tempat rujukan dan pemberi jawapan.
jadi masalah ini seterusnya berhubung kait dengan bilangan lulusan lelaki yang setelah melalui proses yang cukup panjang dan memenatkan ini, setelah 23 tahun merujuk kepada role model duniawi ini masuk ke alam pekerjaan.
jadi hasilnya mat rempit yang berkebolehan untuk membuat terjunan di kutub utara???