Thursday, June 12, 2008

hari kedua aku kerja..

hari kedua aku kerje...
terasa kosong sangat idup aku di sini, interview untuk BW Perunding pun aku tak sempat pergi pagi tadi, penat sangat, maybe lain masa ada kot, petang yang penoh ngan cabaran dalam membuat sistem yang akan membantu kehidupan kita seharian...

kekadang belajar tinggi sampai degree bukan menjadikan aku seorang engineer, tetapi lebih kepada seorang yang lebih analatikal dan penuh dengan rasa solvensi yakni ingin tahu dalam sesuatu perkara dan memikirkan dari setiap segi perkara tersebut, menjadi lumrah manusia untuk berhadapan dengan masalah, tetapi cara kita menyelesaikan masalah itu yang akan menunjukkan kredibiliti kita itu, jangan hanya kerana marahkan nyamuk habis satu kampung di bakar, lebih lebih lagi jika kampung yang ada kebun pisang mesti sudah ditebang,

sikap mempersoalkan itu baik dalam membuat kritikan dan mencari penyelesaian dari sudut jawapan yang lain bukan hanya menambah masalah malah memberi idea bagaimana sesuatu perkara itu perlu ditangani melalui dan setelah semua perkara diberi pertimbangan sewajarmya,
begitulah rutin aku pada hari kedua ini, sistem yang bagus tidak memerlukan teknologi yang canggih, tetapi penyelesaian yang baik memerlukan sistem yang bagus dari idea yang bagus...

aku pergi makan rojak seperti biasa malam tadi, rasa sedap betol rojak itu, sebelum ni aku sangat susah makan sotong takut alergie tapi malam tadi aku rasa senang sangat makan sotong, mungkin aku ada selera lebih kot malam ni,

aku harap orang yang tak makan sotong pun bukan akan kembali lebih berselera berbanding aku, tetapi teruskan usaha mengatasi masalah anda itu, masalah bukan menyusahkan kita, tetapi ia akan terus mengajar kita dalam menghadapi liku-liku dihadapan dengan persedian yang lebih baik....aku terus menunggu, bagai pungguk rindukan bulan, tetapi bulan tetap tersenyum walaupun waktu pertemuan yang begitu singkat, mungkin awan yang bergerak menghalang pandangan sekali sekala tidak terasa, kerana cahaya bulan tetap menyinari malam ku ini...