Bahang by-election P44- Permatang Pauh semakin terasa,
penamaan calon sudah diketahui,
gendang penarik semakin rancak dipalu,
rencah permainan semakin ligat,
calon- calon memerah kudrat.
aku dah semakin malas nak komen berkenaan isu ini, lebih-lebih lagi ini kawasan parlimen orang, aku tak dan nak pergi kesana pun. tetapi yg menjadi isu skang nih, strategi ahli politik yg berkempen yg menyentuh segala benda atas bumi ini, dari sumpah si budak kopi, warga Mongolia di Malaysia, dan juga negara Malaysia yg tercinta.
tapi isu yang paling mencuri perhatian aku adalah, cadangan pembukaan 10% kuota di UiTM, aku tau ini cuma cadangan sahaja, kita menghormati pendirian saudara Khalid selaku menteri besar negeri. aku pun rasa ia cuma satu cebisan dari satu lagik sandiwara orang-orang politik di atas ni,
meningkatkan kompetensi? sebanyak mana kompetensi para graduate dapat ditingkatkan dengan pembukaan 10% itu. ukuran kompetensi itu adalah relatif, tiada ukuran kejayaan bagi kompetensi yg boleh menunjukkan graduate itu adalah kompeten di dalam pasaran, seperti posting awal saya tentang teori relatif :
jadi dengan pembukaan 10% kuota itu menjadi sandaran tentang tahap kompetensi para graduate, bagaimanakah jika tiada peningkatan kompetensi seperti yang diharapkan selepas pembukaan kuota 10% itu?
adakah perlu dibuka 10% lagi untuk mencapai target yang sedia maklum adalah samar-samar, atau tiada sama sekali? bagaimana selepas another 10% pun tidak dapat meningkatkan tahap kompetensi lagi, adakah perlu dibuka mungkin 100% kepada orang luar?
jadi hasrat untuk melihat tahap kompetensi itu secara kolektif telah mengecil dan mungkin selepas pembukaan 100% tahap kompetensi para graduate ini tidak timbul lagi, mengapa perlu medium ini yang dijadikan bahan kajian untuk meningkatkan tahap kompetensi para graduate?
umum maklum para pelajar ini menghabiskan pengajian mereka dalam masa 3-5 tahun, jika dibndingkan dengan masa persekolahan yang berjumlah 12 tahun, waktu yang lebih lama digunakan untuk para pelajar di sekolah berbanding di Univeersiti itu sendiri,
jika masa yang lama tidak digunakan dengan baik, manakan masa yang sedikit ini boleh menampilkan impak yang besar kepada kualiti para graduate ini.
disini saya bukan mempersoalkan bagaimana para pelajar menggunakan masa mereka ini, jika pembaca nampak masa 12 tahun itu, cuba bandngkan masa dengan masa 23 tahun muda-mudi ini dirumah, disini saya tidak mahu menyentuh masa dirumah kerana zaman remaja saya mungkin mempengaruhi posting saya ini,
di sini saya ingin timbulkan satu persoalan, mengapa kompetensi pelajar kelompok sebelah sini aja, kenapa tidak pelajar diseluruh negara, di Kolej-kolej komuniti, kolej politeknik, kolej naungan, maktab guru, semua yg memang terserlah tidak kompeten malah tak dikenali langsung, pelik bin ajaib,.....):