Monday, August 18, 2008

Kampung Baru oh Kg Baru

Jika dilihat akan pembangunan negara Malaysia ini, tempias pembangunan seboleh mungkin dirasai oleh semua lapisan masyarakat,


Jika dilihat akan pembangunan Malaysia ini, memang semua akan mempersoalkan adakah terdapat perancangan pembangunan, mungkin dengan hanya melhat Kuala Lumpur seseorang itu boleh mendapat kesimpulan sedemikian.


Tetapi jika didalami dan diselami akan isu ini, ia bukan pembangunan tanpa perancangan tetapi pembangunan yang memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Jika dilihat Malaysia mempunyai pintu masuk antarabangsa seperti KLIA, Penang, Johor, Pahang, Langkawi, Sabah dan Sarawak. Aspek ekonomik tidak pernah diabaikan, tetapi untuk memuaskan semua negeri selain lapangan terbang sedia ada, terdapat juga lapangan terbang kecil seperti Perak, Melaka, Kelantan Trengganu selain Airport Subang yang masih terus beroperasi hingga kini,

walaupun ramai yang berpendapat membuat landasan keretapi berkembar bagi keretapi elektrik dari Padang Besar hingga Ke Johor adalah lebih baik berbanding memperbesarkan lebuhraya utara slatan. not to mention the Singapore here.

tetapi kerana kepakaran ekonomi yang tidak ada pada anak tempatan, kerajaan memerintah tidak kira lah samada BN atau PR, kita terpaksa membawa kepakaran dari luar.

tetapi dalam masa yang sama, semasa proses itu, diharap anak tempatan akan dapat mengambil peluang untuk mempelajari dari pihak luar yang diberi peluang untuk masuk ke Malaysia.

Selain aspek kepakaran, keperluan bahan mentah juga perlu diambil kira, kerana Malaysia sudah tidak mempunyai simpanan bijih seperti thn kegemilangan Lembah Kinta dan juga Lombong di tgh Kuala Lumpur, negera seperti sudah kehabisan stok bahan mentah itu,

Kesedian kerajaan Sarawak untuk membuka kilang usaha sama di Simalajau bersama sama syarikat dari Australia, Rio Tinto Co. belum tentu dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini perlu diambil kira sebelum sesuatu industri atau projek itu bermula, pelabur tidak mahu melihat projek hanya sampai separuh jalan kerana kekurangan bahan mentah.

tetapi pembangunan di kawasan terpencil walaupun di ceruk hutan hatta belantara sekalipun perlu diteruskan, jadi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk terus memberi pembangunan yang sejahtera kepada srakyat.

jadi seringkali kita melihat ada projek pembangunan sekolah ditengah-tengah hutan, bukan tu sahaja terdapat jalan yang amsuk di pedaaman Sabah da Sarawak hanya untuk satu dua rumah saja hanya keran tanggung jwab kerajaan merintah.

tetapi terdapat desas-desus yang mengatakan kenapa pemerintah tidak membuat pembangunan seperti di Negara Belanda yang mengasingkan kawasan perindustrian, kawasan kerajaan, kawasan perniagaan dan selebih nya adalah zon penampan, seperti juga di bahagian timur Amerika dimana Washington menjadi kawasan pentadbiran kerajaan, Manhanntan menjadi kawasan pusat perniagaan, Boston di atas sedikit menjadi kawasan Pelabuhan dan juga menempatkan lapangan terbang Logan.

memang ada perancanngan seperti itu di negara kita juga, seperti Kuala Lumpur dijadikan kawasan perniagaan, Putrajaya supaya dipusatkan untuk pusat pentadbiran kerajaan, Subang jaya menjadi kawasan padat penduduk, Shah Alam menjadi hub pendidikan, Klang menjadi kawasan pelabuhan untuk pintu masuk air malaysia,

Jadi bagaimana dengan penduduk di Jinjang Selatan, penduduk di Kajang, penduduk di Kuala Selangor, bagaimana dengan dengkil di pinggiran putrajaya, adakah hnya kerna mereka tidak duduk di dalam kawasan pembangunan mereka tidak berhak untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Bagaimana dengan kawasan Kg baru di tengah Bandar, kenapa tidak pembangunan itu yang dibawa ke dalam kampung baru itu, berbanding dengan memindahkan penduduk kampung baru itu, baru berfikir pembangunan itu dapat di teruskan.

Sering yang sedia maklum, pembangunan Kg baru tidak diteruskan kerana terdapat penama yang terlalu ramai, didalam satu geran, bagai satu kes ini, terdapat 60 nama didalam satu geran tanah yang hanya berkeluasan suku ekar sahaja.

mengapa perlu dipindahkan penduduk ini, baru pembangunan dapat dirancang, adakah LRT Putra dijalankan selepas pemindahan secara besar-besaran dilakukan, mungkin ya tetapi idak semua diarahkan berpindah, jika seseorang menaiki LRT dari Kelana Jaya, dapat dilihat landasan itu melintasi sebahagian kawasan besar Petaling jaya dan juga Universiti malaya. adakah perlu dipindahkan seluruh warga Petaling Jaya dan juga semua pelajar UM baru pembangunan itu dapat dijalanan??

apa pembangunan yang dirancang di Kg baru sehingga memerlukan keseluruhan warga Kg Baru dipindahkan, jangan sampai warga Kg Baru ini yang mencari pelabur asing sendiri hanya untuk meletakkan jejantas untuk anak-anak mereka melintas jalan sedangkan kesemua pembuat dasar sibuk memikirkan siapa standing orer untuk berucap di Parlimen sahaja.

Jika anda tiada kuasa, dapat kuasa itu untuk menguatkuasa dan apabila telah dapat kuasa, berfikir dahulu kesan dalam menguatkuasakan kuasa yang ada pada anda..(dipetik dari Saudara Noor Effendy, Yayasan Pencegah Jenayah)

Azham dc ( sebahagian isi kandungan ini dihantar ke menteri Wilayah, Datuk Zulhasnan Rafique)