Saturday, August 30, 2008

Selamat Hari Jadi

Doa untuk Hari Merdeka dan Ulang Tahun aku:

Ya Allah,

Tuhan Maha Agung yg menguasai segala alam,
Ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, dosa keluargaku, dosa kawan2ku, dosa guru2ku, dosa pemimpin2ku, dan dosa kesemua muslimin dan muslimat yg masih hidup atau telah meninggal dunia,

Ya Allah,
Tuhan Maha Pemurah lagi memberi rezeki,
Murahkan lah rezeki aku, rezeki ibu bapaku, rezeki keluargaku, kawan2 ku, dan kesemua hambaMu yang hanya menyembahmu dan kepadaMU jugalah kami akan kembali dikemudian hari, jauhilah aku dari kesusahan dan kesulitan semasa mencari rezeki di muka bumi Mu ini,

Ya Allah,
Tuhan segala zat alam dan isi alam,
Lapangkanlah dadaku, kurniakanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku, mudahkanlah proses pembelajaranku setiap hari, berilah aku peluang supaya dapat berkongsi apa yang aku pelajari setiap hari dengan semua muslimin-muslimat.

Ya Allah
Tuhan yang kekal Abadi
Panjangkanlah umur aku, jauhilah aku dari musibah dan penyakit, berilah aku kesempatan yang sedikit ini untuk memperbanyakkan amal ibadat ku di muka bumi ini untuk bekalan di kemudian hari,

Ya Allah,
Tunjukkan kkami jalan yang benar, jalan yang diredhaiMu, jalan ke Syurga Mu, jauhilah kami dari azab api nerakaMu, jauhilah kami dari hasutan syaitan dan godaan iblis, sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah di muka bumi ini,
HambaMu yang sering membuat kesilapan,

Ya Allah,
Terimalah solat kami, doa kami, amalan kami seharian, jangan lah Engkau membiarkan kami berada dalam kesesatan dan kesulitan, jadikanlah kami orang-orang yang beriman, jika Kau ambil nyawaku kini, tempatkanlah kami dikalangan orang2 yang mempercayai Allah, Tuhan yang disembah, Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan kepada kami dan kitab Al-Quran kitab pedooman kami,
Tempatkanlah Nabi Muhammad s.a.w ditempat yang terpuji disisi Mu, Ya Allah

Ya Allah
Berkatilah diri kami dan keluarga kami, berilah kami kerahmatan di dunia dan akhirat, sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang hina mencari bekalan di bumi Mu ini.

Berilah kami kekuatan kepada kami supaya dapat kami teruskan hidup kami ini di dunia yang penuh pancaroba ini, supaya kami dapat meneruskan perjalanan hidup kami ini, untuk kami menegakkan syariat Islam di muka bumi ini.

....
Amin

Thursday, August 28, 2008

Uncle Azham or ?

aku jadi pakcik, pukul 2 petang td, aku dapat call tadi dalam surau, ada doa tahlil, objektif pun sama pasal tuan umah kenduri tghari td pun pasal kenduri doa selamat, cuma dia dapat cucu, aku plak jadi pakcik.

tapi tak tau nak suruh dia pggl aku nanti apa, uncle Azham or Uncle Acang, pasal aku igt skang pun ramai pggl aku ngan Uncle Acang rather than Azham, rasa nya pun famili aku pun dah lupa nama aku Azham, rasa awkward pun ada, after 24 years ramai tak tau nama sebensar aku//

Wednesday, August 27, 2008

2km only for 1 hour??

hari pagi aku rasa kalau aku naik kapal terbang aku rasa dah sampai Thailand kot, ada ker patut dari Kajang ke Jalan Tuun Razak sampai 2 jam setengah,

pastuh aku tgk kat sistem Itis DBKL tuh tunjuk jalan kat sekitar Dataran Merdeka sume tutup, jalan Raja tutup, hang tak habaq awal nak tutup jalan, apa pasal tak terus tutup satu KL jer terus, lagik senang

aku nih mmg semangat kenegaraan sket, patriotik tahap tertinggi, mcm Tun Mahathir, tapi kalau nk menyaksikan perbarisan dari tmpt jem mcm dalam keta aku, pastuh duk akt tgh Loke Yew meraban sesorang, nak wat ape??

aku sampai keje kul 10 pagi, mmg bagus, kalau ada anugerah pekerja cemerlang, konferm dapat endorsment aku tuk calon terakhir sekali, pastuh aku tgk ada lah sekumpulan rakyat malaysia nih bawak jalur gemilang naik helikopter berarak reramai, hait slalu kata Malaysia cuma ada nuri aja, rasa macam dah nampak banyak model heli yang lain, rezeki murah kan,

biasalah sampai opis, jumpa bos cakap pemimpin negara paksa aku sertai raptai perbarisan hari Merdeka, cuma aku berbaris dalam kereta lah kat Jalan Tun Razak, aku tgk Jalan Kuching lagik jem, nih dah kul 10, tak dapat imagine aku, kalau aku dah lambat mesti daorang sume lagik lambat.

paastuh tghari cabut g Batu Caves, tgk keta mmbr Haikal kat bengkel, repair aper tah, pastuh cat satu body warna putih, aku nih dah lah tak suka putih , so jgn ty aku pendapat aku ttg warna putih konpem negatif.

terus terus keje, aku decide mmg nak take offer eng kat Rawang tuh, so aku bagitau bos pasl aku nak erambos nih, aku bagi notis tujuh hari, tapi surat tak bertarikh, so anytime dari tujuh hari nih aku bole berambos,

lepas cakap ngan bos, bos mita tlg aku kalau bole siapkan keje aku dulu kat sini, aku cakap aku siap je keje aku, aku blah lah, aku pun byk terhutang budi ngan dia, apa taknya aku rasa kalau ak jadi dia mesti asik nak sumpah orang aje, rasa nak lempang pintuh lif tuh pun ada,

masa nak balik langit dah gelap, tgk jalan dah start jem, apa bole wat, kalao nak naik lRT pun lebih kurang sama aje kot, padat macam sardin, packed macam uncang tealipton dan bau macam rumah Ketua Kampung P44,

aku bukan ddowngrade those yang naik LRT dan Komuter, aku pun slalu gak naik LRT da Komuter, kalau ujung bulan slalu aku naik pasal dah gaji, karang ramai naik keta, aku tak nak tambah bil keta kat atas jalan raya,

tapi masa aku naik lRT dan komuter, aku terfikir dan rasa bersalah yg amat sangat, psl aku ada kereta tapi aku menabah packed Koc komuter tuh, patutnya bagi can orang yg lebih memerlukan,

doesn't make sense kan?? tapi aku tgk orang berebut sume kekadang tuh sampai macam nak rebut nak naik macam nak lari dari medan peperangan aje,

ape bole wat, nanti esok lusa aku pandu bas aje lah, so bole aajak sume orang yg aku kesian naik skali,

berbalik perjalanan pulang aku td, sampai aja deapn Kedutaan Negara Polis Dunia Amerika si jaguh ni, masih kat Jalan Tun Razk nih, ujan terus turun mencurah, macam ada can banjir nih, yg klakar tuh nak jalan 1 km nak sampai RHB pun amik masa 2jam, aku rasa ni macam perjalanan paling panjang dalam hidup aku, 2 jam hanya unuk this bloody 1 km.

maghrib dala keta aja la, nak wat camner, dengar radio announce semua major road kat KL bumper bumper, worst kat Bangsar ngan Cheras km 5.0 siap banjir lagik, so aku decide masuk AKLEH g Seri Kembangan

aku cilok serdang lalu depan Uniten tuuh, tmpat aku hampir eksiden tempoh hari, kali nih ada dua keta standby kat selekoh tuh, satu wira gelap n iswara merah, tapi no plate dirahsiakan, aku tak nampak sbenranya pasal ujan lebat,

2 hari lepas pun sama aku dah usha tmpat tuh, daoarng mesti akan letak orang mas ujan, by the way Sam yg tempoh hari nak eksiden tuh ada kontek aku, dia kata pun ada nampak keta tuh masa da lalu situ, aku suggest amik no plate pastuh report polis.maybe some other time

tapi walaupun 2 jam dalam keta sbenarnya 3 jam, pasal sampai umah jam 8.30 mlm giler betol, tapi aku gembira sangat, mungkin sebab selamat sampai kot, pasal aku tgk sepanjang perjalaan rasa ada dekat 20 lebeh eksiden, siap ada 4 kali ambulan, so jgn ty aku lah brape orang mati, faham faham sendiri lah,

mungkin sebab aku dapat konpemkan yang orang disana juga selamat kot, itu paling indah.

Sunday, August 24, 2008

UiTM di Hatiku

Bahang by-election P44- Permatang Pauh semakin terasa,

penamaan calon sudah diketahui,

gendang penarik semakin rancak dipalu,

rencah permainan semakin ligat,

calon- calon memerah kudrat.


aku dah semakin malas nak komen berkenaan isu ini, lebih-lebih lagi ini kawasan parlimen orang, aku tak dan nak pergi kesana pun. tetapi yg menjadi isu skang nih, strategi ahli politik yg berkempen yg menyentuh segala benda atas bumi ini, dari sumpah si budak kopi, warga Mongolia di Malaysia, dan juga negara Malaysia yg tercinta.


tapi isu yang paling mencuri perhatian aku adalah, cadangan pembukaan 10% kuota di UiTM, aku tau ini cuma cadangan sahaja, kita menghormati pendirian saudara Khalid selaku menteri besar negeri. aku pun rasa ia cuma satu cebisan dari satu lagik sandiwara orang-orang politik di atas ni,


meningkatkan kompetensi? sebanyak mana kompetensi para graduate dapat ditingkatkan dengan pembukaan 10% itu. ukuran kompetensi itu adalah relatif, tiada ukuran kejayaan bagi kompetensi yg boleh menunjukkan graduate itu adalah kompeten di dalam pasaran, seperti posting awal saya tentang teori relatif :


jadi dengan pembukaan 10% kuota itu menjadi sandaran tentang tahap kompetensi para graduate, bagaimanakah jika tiada peningkatan kompetensi seperti yang diharapkan selepas pembukaan kuota 10% itu?


adakah perlu dibuka 10% lagi untuk mencapai target yang sedia maklum adalah samar-samar, atau tiada sama sekali? bagaimana selepas another 10% pun tidak dapat meningkatkan tahap kompetensi lagi, adakah perlu dibuka mungkin 100% kepada orang luar?


jadi hasrat untuk melihat tahap kompetensi itu secara kolektif telah mengecil dan mungkin selepas pembukaan 100% tahap kompetensi para graduate ini tidak timbul lagi, mengapa perlu medium ini yang dijadikan bahan kajian untuk meningkatkan tahap kompetensi para graduate?


umum maklum para pelajar ini menghabiskan pengajian mereka dalam masa 3-5 tahun, jika dibndingkan dengan masa persekolahan yang berjumlah 12 tahun, waktu yang lebih lama digunakan untuk para pelajar di sekolah berbanding di Univeersiti itu sendiri,


jika masa yang lama tidak digunakan dengan baik, manakan masa yang sedikit ini boleh menampilkan impak yang besar kepada kualiti para graduate ini.


disini saya bukan mempersoalkan bagaimana para pelajar menggunakan masa mereka ini, jika pembaca nampak masa 12 tahun itu, cuba bandngkan masa dengan masa 23 tahun muda-mudi ini dirumah, disini saya tidak mahu menyentuh masa dirumah kerana zaman remaja saya mungkin mempengaruhi posting saya ini,


di sini saya ingin timbulkan satu persoalan, mengapa kompetensi pelajar kelompok sebelah sini aja, kenapa tidak pelajar diseluruh negara, di Kolej-kolej komuniti, kolej politeknik, kolej naungan, maktab guru, semua yg memang terserlah tidak kompeten malah tak dikenali langsung, pelik bin ajaib,.....):

Wednesday, August 20, 2008

Spinning Proton Wira

aku start keje pada satu hari yg membosankan ini agak lambat, tapi apa bole wat, dah keje kan kene la wat, aduih bosan sungguh aku..

pastuh dapat lak instruction kene ajar budak baru, rasa susah gak, so aku baru dapat rasa macam mana dulu masa aku start masuk dulu..

babababab, likes a motor boat stalling, tergagap aku nak terangkan, siap aku wat demo lagik, tapi aku macam dah sampai kat bulan budak baru tuh dah macam sampai kat matahari, mmg bagus pun, rasa macam dia lebih bagus pun ada, talper, aku pun nak pergi dah aku rasa,...

so aku teruskan lah kejer cam biasa, ada Index PPrestasi kan, ada target, tapi ptg rasa nak g melingkar jap, so apa lagik, ajak bos skali lah, kalau nak wat benda tak elok nih kalo takut kene cekup, so ty aja kepada orang yg betol untuk minta permission, tak pun ajak skali aje,

teringat masa duk kolej dulu, kalau nak fly memalam buta lalu pintu pagar depan rumah Resident Staff, mmg siap lalu depan verandah lagik, klakar abih,

pastu petang tuh aku macam biasa lah nak siap balik, aku ajak boss balik skali, aku tgk sume macam ekun aje wat keje, wat OT kot, malas plak aku nak amik tau hal diaorang, maybe sebab ujan lebat kot, sampai Terowang SMArt pun tutup sebab ujan lebat sangat, aku dah masuk keta tuh, tgk awan memang mendung gelap gempita, macam lain aja, siap my coll. kata dah macam hari kiamat aja,

dah masuk jalan Tun Razak tuh, mmg jem giler, ada macam perjalanan 1 jam gak nih, aku rasa kalau puasa nanti, ada can aku berbuka dalam kereta nih,

aku pun terigt kat my sayang, so mesej dia take care, harap-harap mesej tuh sampai lah, bukan sekali2 aku dgr kalau ujan lebat mesej send tak sampai, cuma aku harap dia ok je lah, take care always,

lepas Tun RAzak, aku terus masuk AKLEH, aku avoid Loke Yew and Cheras, macam jem gile babi aja, rasa AKLEH pun sama, nanti aku nak tempuh SG Besi nanti, so tak der beza pun 2 2 jalan.

tapi gerak laju sket lah compare dari Loke yew.

sampai Sg Besi, potong kat Seri Kembangan, masuk Serdang, kat sini ujan dah berenti, takder lah berenti abes, dalam renyai2 gak lah,

so aku terus masuk simpang Uniten, siap nak belok tuh,, keta wira sedan depan aku spinning 2 kali depan aku, nasib baik aku sempat brek, tapi slidding sket gak rasa, bahaya betol, mnasib baik tak langgar dia,

terus aku park keta, even time tuh keta aku kat bahu kanan jalan, aku terus lari lintas jalan busy giler tuh, tgk mamat dalam keta wira tuh ok, cuma keta dia berpusing 2 kali lah,

yang pelik ada plak orang tunggu kat c2, siap walkie talkie plak tuh, macam tonto pun ada, orang 2 tuh nasihat jalan baik2 kat cni, jalan licin, yg aku klakar, dia bole tgk aja jalan ngna kitaorg nih, nak tolong hulur tangan sikit pun tak,

so aku jumpa mamat dalam spinning wira tuh, keluar keta greet aku, suma ok lah, tapi melihat gelagat tonto tuh macam tak sedap plak, owh nama orang dalam wira tuh Sam, aku pggl Sam aje,

dia bagi aku no tepon dia, kalau in case ada pape masalah kat keta aku ke, aku kata ok sume, aku sempat elak dia, tapi still aku bagi gak lah no aku,

so lepas aku tolong dia pusing keta, dia pun masuk jalan terus procedd jalan balik, aku pun masuk keta balik, tgk ada miss call, only to find out, it was the spinng wira's guy not my girl.

Monday, August 18, 2008

Kampung Baru oh Kg Baru

Jika dilihat akan pembangunan negara Malaysia ini, tempias pembangunan seboleh mungkin dirasai oleh semua lapisan masyarakat,


Jika dilihat akan pembangunan Malaysia ini, memang semua akan mempersoalkan adakah terdapat perancangan pembangunan, mungkin dengan hanya melhat Kuala Lumpur seseorang itu boleh mendapat kesimpulan sedemikian.


Tetapi jika didalami dan diselami akan isu ini, ia bukan pembangunan tanpa perancangan tetapi pembangunan yang memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Jika dilihat Malaysia mempunyai pintu masuk antarabangsa seperti KLIA, Penang, Johor, Pahang, Langkawi, Sabah dan Sarawak. Aspek ekonomik tidak pernah diabaikan, tetapi untuk memuaskan semua negeri selain lapangan terbang sedia ada, terdapat juga lapangan terbang kecil seperti Perak, Melaka, Kelantan Trengganu selain Airport Subang yang masih terus beroperasi hingga kini,

walaupun ramai yang berpendapat membuat landasan keretapi berkembar bagi keretapi elektrik dari Padang Besar hingga Ke Johor adalah lebih baik berbanding memperbesarkan lebuhraya utara slatan. not to mention the Singapore here.

tetapi kerana kepakaran ekonomi yang tidak ada pada anak tempatan, kerajaan memerintah tidak kira lah samada BN atau PR, kita terpaksa membawa kepakaran dari luar.

tetapi dalam masa yang sama, semasa proses itu, diharap anak tempatan akan dapat mengambil peluang untuk mempelajari dari pihak luar yang diberi peluang untuk masuk ke Malaysia.

Selain aspek kepakaran, keperluan bahan mentah juga perlu diambil kira, kerana Malaysia sudah tidak mempunyai simpanan bijih seperti thn kegemilangan Lembah Kinta dan juga Lombong di tgh Kuala Lumpur, negera seperti sudah kehabisan stok bahan mentah itu,

Kesedian kerajaan Sarawak untuk membuka kilang usaha sama di Simalajau bersama sama syarikat dari Australia, Rio Tinto Co. belum tentu dapat direalisasikan dalam masa terdekat ini perlu diambil kira sebelum sesuatu industri atau projek itu bermula, pelabur tidak mahu melihat projek hanya sampai separuh jalan kerana kekurangan bahan mentah.

tetapi pembangunan di kawasan terpencil walaupun di ceruk hutan hatta belantara sekalipun perlu diteruskan, jadi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk terus memberi pembangunan yang sejahtera kepada srakyat.

jadi seringkali kita melihat ada projek pembangunan sekolah ditengah-tengah hutan, bukan tu sahaja terdapat jalan yang amsuk di pedaaman Sabah da Sarawak hanya untuk satu dua rumah saja hanya keran tanggung jwab kerajaan merintah.

tetapi terdapat desas-desus yang mengatakan kenapa pemerintah tidak membuat pembangunan seperti di Negara Belanda yang mengasingkan kawasan perindustrian, kawasan kerajaan, kawasan perniagaan dan selebih nya adalah zon penampan, seperti juga di bahagian timur Amerika dimana Washington menjadi kawasan pentadbiran kerajaan, Manhanntan menjadi kawasan pusat perniagaan, Boston di atas sedikit menjadi kawasan Pelabuhan dan juga menempatkan lapangan terbang Logan.

memang ada perancanngan seperti itu di negara kita juga, seperti Kuala Lumpur dijadikan kawasan perniagaan, Putrajaya supaya dipusatkan untuk pusat pentadbiran kerajaan, Subang jaya menjadi kawasan padat penduduk, Shah Alam menjadi hub pendidikan, Klang menjadi kawasan pelabuhan untuk pintu masuk air malaysia,

Jadi bagaimana dengan penduduk di Jinjang Selatan, penduduk di Kajang, penduduk di Kuala Selangor, bagaimana dengan dengkil di pinggiran putrajaya, adakah hnya kerna mereka tidak duduk di dalam kawasan pembangunan mereka tidak berhak untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Bagaimana dengan kawasan Kg baru di tengah Bandar, kenapa tidak pembangunan itu yang dibawa ke dalam kampung baru itu, berbanding dengan memindahkan penduduk kampung baru itu, baru berfikir pembangunan itu dapat di teruskan.

Sering yang sedia maklum, pembangunan Kg baru tidak diteruskan kerana terdapat penama yang terlalu ramai, didalam satu geran, bagai satu kes ini, terdapat 60 nama didalam satu geran tanah yang hanya berkeluasan suku ekar sahaja.

mengapa perlu dipindahkan penduduk ini, baru pembangunan dapat dirancang, adakah LRT Putra dijalankan selepas pemindahan secara besar-besaran dilakukan, mungkin ya tetapi idak semua diarahkan berpindah, jika seseorang menaiki LRT dari Kelana Jaya, dapat dilihat landasan itu melintasi sebahagian kawasan besar Petaling jaya dan juga Universiti malaya. adakah perlu dipindahkan seluruh warga Petaling Jaya dan juga semua pelajar UM baru pembangunan itu dapat dijalanan??

apa pembangunan yang dirancang di Kg baru sehingga memerlukan keseluruhan warga Kg Baru dipindahkan, jangan sampai warga Kg Baru ini yang mencari pelabur asing sendiri hanya untuk meletakkan jejantas untuk anak-anak mereka melintas jalan sedangkan kesemua pembuat dasar sibuk memikirkan siapa standing orer untuk berucap di Parlimen sahaja.

Jika anda tiada kuasa, dapat kuasa itu untuk menguatkuasa dan apabila telah dapat kuasa, berfikir dahulu kesan dalam menguatkuasakan kuasa yang ada pada anda..(dipetik dari Saudara Noor Effendy, Yayasan Pencegah Jenayah)

Azham dc ( sebahagian isi kandungan ini dihantar ke menteri Wilayah, Datuk Zulhasnan Rafique)

Sunday, August 17, 2008

Smiley ( Japanese's Lesson)

the word for today

Japanese word

ka'wai'i ;
dear; darling; charming; lovely; attractive;

nice; sweet; pretty; comely bonny;
cute (girl:hat)

tiny
one's dear (precious child)

a pretty (dear) little thing.
lovely dear

a sweet little boy of about five;

a sweet girl, a cute little girl
a sweetheart, a sweetie (sweety); a darling

a lunch-box, (in a sweet voice)

look lovely, hold (dear)

using in the sentence such below,
Oh, you are my dearest little fellow~!

What dear they are/

sometimes it can be use as
ka'wairashi'i;

lovely, pretty, charming, cunning

from
Kenkyusha's New Japanese-English Dictionary, (Koh Masuda) Kenkyusha Limited, 4th Edition 1974

Friday, August 15, 2008

black friday

sentiasa mendengar radio Hot FM recently, dunt know why, but remind to something,...

dah lah datang keje lambat pastuh sesuka hati ajer balik umah time lunch, aku pun tak tau camner skang, rasa macam nak berambos pun ada, pastuh ptg pun sama...

environment keje mmg tak kondusif, mmg result pun dah tau la,

pastu rakan sekerja plak mmg asik cari kesalahan aku aje, padahal aku ok aje dgn bos, siap minta permission dari bos lagik kalo nak wat aper2...

mungkin sementara aje kot, anyway I'm moving out from here, maybe somewhere in northen region, huh very far away....

Sunday, August 10, 2008

aku terlupa password friendster

setelah lama dalam sebulan aku tak bukak akaun fs aku, bukan aku tak nak bukak, keje byk, ujian lagik, pastuh memacam lagik.

firstly aku nak minta maaf sangat kat semua orang, aku rasa lately aku macam takder kat dunia ni, semua orang mencari aku, tapi tak jumpa aku.


kepada Arif yg tgh tekun kerja kat Petronas, aku tau aku kurang bz dari ko, aku mengakuinya, tapi aku sering takder ketika ko ada kat Kajang, aku slalu gak jumpa gang kiter, cuma aku tak jumpa ko aje, walaupun mak kita kawan sesama, bapak kita satu skolah dulu, kita plak kene denda sesama masa ting 3 dulu, kuikui

nanti ko balik kajang aku blanja ko makan kat umah aku,

Lagik satu, Amin eksiden 4 hari lepas, dia jatuh motor, aku xsempat lawat dia, tapi aku tgk mms dia hantar kat Indra, agak teruk jugak dia,


kepada Hafizuddin yg kat atas bukit nun di atas tuh, aku ingat ko masih kat Scotland lagik, memain aje, so aku memang tak penah ingat nak masuk umah ko tanya pasal ko even aku slalu hantar adik aku kesana lawat adik ko, klakar jugak, akukenal ko balik lalu adik aku, igt ko dah lupa aku,

aku doakan ko supaya dpt jadi PTD tuh, nanti dah jadi jgn lupa aku plak..

pastu kpd ex-president PERKA, Syed c kecil walaupun dah besar sejak recently aku tgk, aku mmg nak dtg umah sewa, mana boleh lupa ngan dewa hindu ngn TV aku, so amcam teratak usang tuh, dewa Vishnu jaga lagi tak, dia boleh jadi engineer a.k.a home manager, haha
nnt aku dtg sana, kiter story lagik.

to Hailman plak, aku mmg slalu pinjam motor ko, jasa motor ko mmg tak terkira lah byknya kpd aku, mcm nak tribute satu lagu kpd motor ko, aku rasa siap eksiden lagik ngn motor ko, biasalah bwak mcm bawak kapal terbang, nnt aku call DR Amin pasal posting yg aku mail kat ko,

pastuh kpd semua kat Sg Kantan,

kpd Muslim Hafizi and Siti Sarah, aku dgr korang dah kawen, baguslah, alhamdullilah, sorri tak dapat hadir kenduri korang, aku mmg dah lupakan skolah tuh, lepas 95' tuh, mmg aku menghilankan diri, aku igt minggu pusat sumber tahun 96 pun aku tak pergi, bukan uh aje, exam UPSR aku amik sesorok, result pun aku gi diam-diam,
masuk skolah menengah yg dpt jejak aku hy Simon sorang aje, yg lain sume mmg tak jumper cr aku, aku tau mmg aku larikan diri dari sejarah aku, aku tak mau kontreversi lagik....
so sori to all my frenz from Sg Kantan.

last time I met Firdhaus, very hard to forget him, we fought in Surau, jadi bilal, and baca al-Fatihah utk doa semayang asar, aku dah kat patutnya Fairus yg patut jadi imam, bukan aku,

aku dah lah underworld kingpin, notorious plak tuh, ada ker patut jadi imam, but great memory with you all,

I also met Shahila, actually da yg tegur aku, aku wat tak pot aje pun, mmg jalan tegak aja aku, nasib baik lah time tuh T&Go kat komuter kajang time tuh rosak, so sumer kene Touch manually, so da time tuh duk blakang aku tegur aku, aku mmg tak kenal dia dah,

kpd bebudak matriks plak, aku rasa sume pun tak jumpa aku, amri yg kacak, pasal baju batik aku tuh, ko tak yah ganti lah, takpe la, tapi pulangkan aje udah lah, nanti aku jahit sendiri aje,

kpd wana, amcam praktikal, so kehidupan sbg pelajar perlu diteruskan, walaupun dah retired dari committe harap terus menabur bakti, nanti kawen jangan lupa diri ini, hang kawen sorang Serdang, sorang Nilai, dua-dua dekat aje,

kpd Syed c rappers plak amcam album baru, bila nak ajak aku feature dalam lagu ko, aku boleh wat breakdance tahap kepala lutut wakaka. anyway hope you success in ur career walalupun aku tak pernah beli album tempatan, except Sudirman...

rasa byk lagik aku nak story dalam nih, aku tak tau nak letak macam mana, aku tau dalam 3/4 minggu kebelakangan ni byk kejadian menimpa aku, yg tak masuk dalam cerita kali ini aku akan coretkan pada next posting, aku dah penat type.

owh lagik satu, kpd Ayu Rohaidah, thank you for being a good frenz to me, I a;\lways remeber the 6months same as you love the 6 years, really appreciate you giving chance to accompany you this 6 months, thank you




Jauh berjalan, tak nampak pandangan

aku berjalan malam tadi kat Kg baru, sedang sedang aku jejalan nih, terserempak aku ngan ada satu mamat ni, dia kata baru keluar penjara. dia dah 2 hari dah tak makan, malam tadi dia terpengsan masuk Hospital Besar.

dia balik rumah lepas dia keluar penjara tapi dah takde sesape, sume dah pergi meninggalkan nya. dia kata dia masuk penjara pasal keen tangkap mencuri besi setahun yg lalu. bila dah keluar penjara igt nak pulang ke pangkuan keluarga. harapan berkecai bila kembali tiada apa yang menanti.

bila dah macam tuh, dia cuba cari kerja dalam seari baru keluar penjara, dan aku rasa mmg aku dah boleh agak la kalau dia tak dapat keje, bukan aku memandang rendah dia, tapi pandangan orang sekeliling terhadap bekas banduan.

so sedang dia berjalan dalam 2 hari n Jumaat dan sabtu, dia jatuh pitam lalu orang ramai telah menghantar dia ke Hospital KL, kalau hari jumaat tuh ok lagik boleh makan oleh-oleh kat masjid, tapi ada lagik ker budayamenjamu selera nih, kalau kerajaan pun kedekut taik idung masin, so jangan haraplah rakyat nak buat kebajikan.

so dia kata nak minta belas kasihan RM1.00 kat aku, aku tanya lah mamat nih apa hang nak wat ngan RM1.00. cukup ker, dia kata cukup lah beli roti, alas perut kot.

aku yang memang tak makan lagi masa tuh pun ajak dia makan kat gerai nasi ayam Pak Mal kat KG baru, dia kata segan plak, takkan nak makan ngan aku nih, kenal tidak apa tidak, dia pun berlalu dari c2.

melihat keadaan itu, kesian pun ada, aku bagi lah semua syiling yang aku ada, pasal duit kertas tggl sekepig merah aje, nak wat makan, kalau aku kasi banyak plak.

aku tanya dia duk mana, dia kata kat beakang bangunan Naza tuh aja, boleh jalan kaki aja dari c2, so da cuma nak duit makan sket aje, so pasal transport tak jadi masalah kot, insyallah

nak ajak makan, pun dia segan, ye lar baru kuar penjara siap tunjuk surat keluar penjara psatu masuk hospital pun tak bayar, dia tunjuk surat hospital gak tapi aku takkan nak tgk plak, nak tlg takkan nak cek sampai umah dia baru aku nak percaya.

tapi lepas sumer tuh aku baru sedar, yang aku sbenarnya berjalan tanpa arah tujuan, dah 1 minggu aku jejalan mencari sesuatu yg aku tak tau.

sabtu aku jejalan 1petang kat Kg baru tah tgk ape tah, aku siap pergi Kedai NAza jual kereta Hummer, ngn Ferrari, mungkin ini yang aku cari sekian seminggu nih, tapi masih tak puas lagik, tak tau kenape,

jumaat pun sama, aku jejlan tak tentu hala, siap aku masuk McDonald tah berape banyak kali tak terkira dah, nak kata makan, aku tak order pun haram jadah burger hatta kentang goreng seketul pun tarak, siap aku masuk kedai jual ginseng.

kelmarin pun sama, aku jejlaan kat Tesco pergi tgk tempat roti dia, aku cari roti kopi tapi takda, terbaru Nescafe 3-in-1 30 sachets sskang RM11.00. aku igt awal tahun hari tuh masih RM8.00 lagik.

dah macam aku beli air chocolate Cadbourry plak. takpun dah macam minum fresh oren atau jus mangga kat Sek7, Shah Alam.

aku tak tau plak aku nak jejalan ke mana hari ini, aku rasa macam kosong aje bumi nih, dah gelap sekeliling aku, nampak semua macam semut aje kat aku, ilang entah kemana.............................................................

Wednesday, August 6, 2008

Saya kunci jawapan saya.

1000 reason to make an enemy as your frenz, but never make a frenz as your enemy,ever.


aku dah lama tak komen pasal kehidupan aku sebagai manusia biasa, selalu bz memikirkan masalah dunia, macam Gerard Parke dari Univesrsity UK kata,' Don't try to solve the world problem'


kengkawan aku slalu kata aku nih macam marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar, aku memang tgh marah, tapi aku tau macam mana mengawal kemarahan aku.

b4 this, I getting mad with the situation in the Engine Fac, geting fed up, swear to god, I'll throw away all eng books, put the eng career aside and never mention any eng term in my life, luckily I'm not considering suicide.

All my frenz support my decision, even it was fool to waste this 6 years to learn and master eng, and never apply it anyway after that,

After I left the Uni. I enter the job that never touched any eng matter, until recently I'm considering the position for project eng in Rawang, I not hestitate to go back, I willing to learn the hard way,

I 'm still considering all the option, wish u were here, beside me, but what can I do,???
:(

Sunday, August 3, 2008

Pak Lah meet Ezam

sudah genap 9hari aku kehilangan haluan, kerja yang membosankan, mandi yang tidak basah, makan yang tidak mengenyangkan, tidur yang tidak pernah lena,

kepiluan membelenggu diri, hari ini pun cuaca mendung, setelah 2minggu tidak hujan, awan mendung yang berarak mungkin lebih berat, tapi bahu yang memikul lebih merasa bebannya,

miss u is immortal, maybe everybody saying go free up myself, i kinda weak when it come to this, i put everythhing in it, i lost the basket also the content,

maybe its fate was writedown, but i still searching for the lost basket which will sit near to my heart, revenge will only going back to me, i'm prefer the more tolerate approach which is by far nearly daydream.

aku dah tak larat nak meneruskan kehidupan, tolonglah janganbuat aku macam ni. aku hanya insan yang lemah dan tak bermaya.

aku mungkin kelihatan kuat dan juga tegap, tetapi ia luaran, jauh nun di dalam sanubari aku sudah hancur luluh. aku yang telah mati separuh.

(mutakhir)
3/Ogos/2008: Pertemuan Pak Lah bersama Ezam pada kenduri anak bekas bos bapak aku, aku xbrape nak kisah pasal sapa nak bertanding kat Permatang Jauh nun disana tuh, aku pun tak kisah sapa menang, as long the chosen one will doing good to the voters, not to punish or bring more harm to the society there.

one issue raise here, i might wonder why is Ezam came here to the kenduri, no one know him very well, The Sharrif Omar doesn't have any relationship with Ezam,

maybe becoz of semangat anak Malaysia, so they invite everybody here....wonder why I busy body here, this blog supposely not for cheap political strategy.

this maybe the first and the last.